Peraduan

Perhatian : Tarikh tutup peraduan telah dilanjutkan sehingga 10hb November 2017

Peraduan Video Buli Siber

– 'Be Smart, Use Heart' 2017

Gejala buli merupakan satu masalah yang mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang yang melaluinya. Ianya satu perkara yang menimbulkan perasaan bimbang kepada semua tanpa mengira sama ada mereka dari golongan kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Masalah buli ini terbahagi kepada dua iaitu pembulian fizikal dan emosi di dalam kehidupan seharian serta juga pembulian siber di dunia digital.

Kami ingin mendengar pendapat dan perasaan anda tentang pembulian siber – sama ada ianya kes pembulian siber yang anda saksikan, pengalaman anda sebagai seorang mangsa buli siber ataupun anda sebagai seorang pembuli.

Melalui peraduan ini, kami ingin memupuk daya ketahanan digital ('Be Smart') serta sifat empati ('Use Heart') di kalangan para pelajar. Mereka perlu bijak untuk membuat keputusan apabila berdepan dengan masalah buli siber serta tahu bagaimana untuk membantu rakan-rakan yang sedang menghadapi masalah buli siber.

Semua penyertaan perlu dihantar secara atas talian melalui borang yang telah disediakan di laman sesawang www.cybersafeinschools.my. Pastikan anda memilih kategori yang betul. Tarikh akhir penghantaran adalah 10hb November 2017.

Peraduan ini akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari pada 11hb September 2017 dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari pada 10hb November 2017.

Maklumat Peserta
Maklumat Sekolah

Kategori
Video Link
* Muat naik link video link (youtube/ vimeo/google drive)
http://
Jika video dilindungi dengan kata laluan, sila kongsi kata laluan untuk akses
Sila pastikan maklumat di atas adalah benar (untuk memenuhi kriteria proses pengadilan)

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah (Tahun 1 hingga 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 6) Kementerian Pendidikan Malaysia. Para pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.

Peraduan ini akan bermula pada jam 12.00 tengah hari pada 11hb September, dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari pada 10hb November 2017.

Pemenang peraduan akan dihubungi melalui surat, telefon atau emel sebelum 15hb November 2017 dan akan dinaikkan ke laman sesawang www.cybersafeinschools.my .

Majlis anugerah pemenang akan diadakan pada Malam Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaaan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pada bulan November (tarikh akan dimaklumkan) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

  • Peraduan Video 'Be Smart, Use Heart' 2017 adalah usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia, CyberSecurity Malaysia dan Digi Telecommunications Sdn Bhd. Kategori yang dipertandingkan adalah:
    • Kategori Sekolah Rendah
    • Kategori Sekolah Rendah Menengah
    • Kategori Sekolah Tinggi Menengah
  • Tema peraduan adalah "Buli Siber" dimana hasil kerja video perlu mengupas secara lebih mendalam kepada isu-isu yang merangkumi buli siber, seperti;
    • Mengapa: Penjelasan atau sebab-sebab seseorang dipilih sebagai mangsa buli siber (contoh: ciri-ciri mangsa)
    • Bagaimana: Cara-cara pembulian siber dan sama ada ia berbeza mengikut umur atau jantina
    • Akibat: Maksud pembulian siber kepada anda, dan bagaimana ia akan menjejas orang di sekeliling anda
    • Tindakan: Tindakan yang patut diambil atau tidak patut diambil oleh seorang mangsa buli siber untuk menghentikan pembulian siber termasuk proses pemulihan
    • Empati: Cara-cara efektif atau cara-cara yang tidak efektif (menyebabkan situasi menjadi semakin serius) apabila menolong atau membimbing seorang mangsa buli siber
  • Setiap penyertaan akan dinilai dari segi keaslian konsep dan kreativiti oleh panel yang melibatkan pihak penganjur. Konsep atau taktik secara penyataan definisi atau berbentuk teks sahaja tidak digalakan.
  • Setiap video mestilah karya yang asli dan dibuat pada tahun 2017 sahaja. Idea video mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak pernah disiarkan dalam media cetak mahupun internet. Plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya terdapat unsur-unsur plagiat.
  • Setiap video tidak boleh melebihi masa (3) tiga minit. Walaupun produksi video boleh melibatkan para pelajar lain, tetapi hadiah akan hanya dianugerahkan kepada peserta yang namanya tertera di borang penyertaan.
  • Video penyertaan boleh dirakam dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
  • Video penyertaan perlu di muat naik ke YouTube, Google Drive atau Vimeo dan hyperlink perlu dikemukakan bersama borang penyertaan yang telah disediakan di laman sesawang www.cybersafeinschools.my

Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
Tiga (3) Hadiah Gemilang dengan jumlah nilai sebanyak RM400 setiap pemenang

  • (1) satu unit cakera keras (external hard drive) kapasiti 1 Terabyte
  • (2) satu unit kunci bagasi gabungan kombinasi (combination lock)
  • Hadiah misteri + Sijil Kementerian Pendidikan Malaysia + Trofi


Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
Tiga (3) Hadiah Gemilang dengan jumlah nilai sebanyak RM400 setiap pemenang

  • (1) satu unit cakera keras (external hard drive) kapasiti 1 Terabyte
  • (2) satu unit kunci bagasi gabungan kombinasi (combination lock)
  • Hadiah misteri + Sijil Kementerian Pendidikan Malaysia + Trofi


Sekolah Menengah Tinggi (Tingkatan 4-6)
Tiga (3) Hadiah Gemilang dengan jumlah nilai sebanyak RM400 setiap pemenang

  • (1) satu unit cakera keras (external hard drive) kapasiti 1 Terabyte
  • (2) satu unit kunci bagasi gabungan kombinasi (combination lock)
  • Hadiah misteri + Sijil Kementerian Pendidikan Malaysia + Trofi


Terma dan Syarat Peraduan

  • 1. Penyertaan adalah percuma.
  • 2. Penyertaan adalah secara individu.
  • 3. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) video sebagai penyertaan. Video penyertaan perlu di muat naik ke YouTube, Google Drive atau Vimeo.
  • 4. Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang telah disediakan di laman sesawang www.cybersafeinschools.my
  • 5. Mana-mana peserta yang gagal mematuhi peraturan di atas akan dibatalkan penyertaannya daripada Peraduan dan keputusan para pengadilan adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.